Yesterday was a HISTORY, Tomorrow is a MYSTERY..
but... Today is a GIFT.

Tuesday 19 February 2013

--------- Lunch ---------

Hari ni nak cerita pasal makanan lagi ...
Makanan LAGI !!! Huhh... Makin chubby pipi I kalau macam ni..
Please.. Someone... Ada tips nak kurangkan chubby d pipi ??


Lain cerita..
Disebabkan saya ni seorang yang rajin mencuba... 
Dan kebetulan mama minta masakkan ayam panggang..
So, saya nak cuba masak yang special sikit untuk lunch hari ni.. Ala-ala Kenny Rogers gitu..

Lepas berdating dengan pakcik Google, akhirnya saya jumpa apa yang di cari... Maaf resepi tidak diberikan kerana saya sendiri pun tidak ingat dari blog manakah saya dapati resepi itu kerana terlalu banyak blog yang saya buka untuk mencari resepi.. (Siapa yang rajin baca ni, sure anda adalah pembaca yang teliti.. Saya sendiri pun malas nak baca balik apa yang telah tertulis.. Hehehehe.. )
 Actually sebelum ni memang saya dah cari.. tapi tahap kemalasan lagi tinggi dari tahap kerajinan.. even nak salin resepi pun tak larat.. padahal bukan menulis pun.. copy ja.. time tu belum sampai seru lagi.. so, kita tengok dan lihat je..
( Apa kejadahnya aku merapu ni.. perkataan 'tengok' dan 'lihat' itu bukankah sama ?? )


Tanpa membuang masa lagi (serta tanpa perlu serabutkan otak cuba memahami apa yang saya merapu di atas) saya perkenalkan menu makan tengah hari..
Menu hari ini : Nasi lobak, ayam panggang dan mashed potato.. 

Pertama saya siapkan ayam dahulu..

Supaya tak payah panggang lama-lama, rebus ayam tu sekejap.. Suka hati korang la nak rebus berapa lama.. Isi-isi ayam di atas telah di rebus secara agak-agak.. means saya tak tetapkan waktu pun..

Tadaa !!! Ayam dah siap di panggang.. Siapa-siapa yang nak tahu bahan perapan tak payah nak tanya.. Maaf itu adalah rahsia negara... ( People : Cik Writer kedekut sangat nak kongsi.. )
Taklah.. sebenarnya apa-apa bahan perapan pun jadi.. But.. saya tak suka perapan yang letak-letak bawang   dan rempah bagai tu.. Guna ja sos barbeku.. Saya guna jenama Life okay.. Ooopppss.. Rahsia pecah... Hahaha....  (  by the way nice lighting.. )

yang kat atas ni.. saya bagi nama nasi lobak la.. apamacam ?? sebenarnya nak tiru macam nasi Kenny Rogers tu.. tapi kurang rasa la pulak.. warna nasi tu sepatutnya kuning cair gitu.. itu pun di sebabkan terpaksa kurangkan air yang dah siap dimasak untuk menanak nasi.. kalau tak kurangkan air kang jadi bubur la pulak.. ( People : macam nasi biasa ja.. cuma tambah lobak yang di potong dadu.. )
taklah.. itu salah lighting tu.. ( Ecehhh.. tadi puji lighting.. sekarang salahkan lighting pulak..)
Ye.. Ye.. saya yang salah.. kan dah beritahu sebabnya tadi.. 

yang ni pulak mashed potato with black pepper sauce.. jangan tanya kenapa kuahnya ada ketul-ketul gitu kerana tukang masaknya malas nak tumbuk lada hitam sehingga jadi serbuk.. dan jangan tanya kenapa tak pakai lada hitam yang dah sedia ada dalam bentuk serbuk kerana hanya lada hitam yang dalam keadaan biji-biji sahaja yang ada di rumah.. dish ni pedas lebih kerana mashed potato turut dicampur dengan lada hitam
 ( yang juga berketul-ketul.. malas yang amat tukang masaknya.. )

ayam panggang yang dah siap tuang black pepper sauce.. Nice lighting AGAIN !!!

black pepper sauce + mashed potato + roasted chicken...
sekali pandang macam kuah kacang pula itu black pepper sauce...

That's it for today.. Have a nice lunch everyone... ^_^







No comments:

Post a Comment