Yesterday was a HISTORY, Tomorrow is a MYSTERY..
but... Today is a GIFT.

Tuesday 19 February 2013

--------- Lunch ---------

Hari ni nak cerita pasal makanan lagi ...
Makanan LAGI !!! Huhh... Makin chubby pipi I kalau macam ni..
Please.. Someone... Ada tips nak kurangkan chubby d pipi ??


Lain cerita..
Disebabkan saya ni seorang yang rajin mencuba... 
Dan kebetulan mama minta masakkan ayam panggang..
So, saya nak cuba masak yang special sikit untuk lunch hari ni.. Ala-ala Kenny Rogers gitu..

Lepas berdating dengan pakcik Google, akhirnya saya jumpa apa yang di cari... Maaf resepi tidak diberikan kerana saya sendiri pun tidak ingat dari blog manakah saya dapati resepi itu kerana terlalu banyak blog yang saya buka untuk mencari resepi.. (Siapa yang rajin baca ni, sure anda adalah pembaca yang teliti.. Saya sendiri pun malas nak baca balik apa yang telah tertulis.. Hehehehe.. )
 Actually sebelum ni memang saya dah cari.. tapi tahap kemalasan lagi tinggi dari tahap kerajinan.. even nak salin resepi pun tak larat.. padahal bukan menulis pun.. copy ja.. time tu belum sampai seru lagi.. so, kita tengok dan lihat je..
( Apa kejadahnya aku merapu ni.. perkataan 'tengok' dan 'lihat' itu bukankah sama ?? )


Tanpa membuang masa lagi (serta tanpa perlu serabutkan otak cuba memahami apa yang saya merapu di atas) saya perkenalkan menu makan tengah hari..
Menu hari ini : Nasi lobak, ayam panggang dan mashed potato.. 

Pertama saya siapkan ayam dahulu..

Supaya tak payah panggang lama-lama, rebus ayam tu sekejap.. Suka hati korang la nak rebus berapa lama.. Isi-isi ayam di atas telah di rebus secara agak-agak.. means saya tak tetapkan waktu pun..

Tadaa !!! Ayam dah siap di panggang.. Siapa-siapa yang nak tahu bahan perapan tak payah nak tanya.. Maaf itu adalah rahsia negara... ( People : Cik Writer kedekut sangat nak kongsi.. )
Taklah.. sebenarnya apa-apa bahan perapan pun jadi.. But.. saya tak suka perapan yang letak-letak bawang   dan rempah bagai tu.. Guna ja sos barbeku.. Saya guna jenama Life okay.. Ooopppss.. Rahsia pecah... Hahaha....  (  by the way nice lighting.. )

yang kat atas ni.. saya bagi nama nasi lobak la.. apamacam ?? sebenarnya nak tiru macam nasi Kenny Rogers tu.. tapi kurang rasa la pulak.. warna nasi tu sepatutnya kuning cair gitu.. itu pun di sebabkan terpaksa kurangkan air yang dah siap dimasak untuk menanak nasi.. kalau tak kurangkan air kang jadi bubur la pulak.. ( People : macam nasi biasa ja.. cuma tambah lobak yang di potong dadu.. )
taklah.. itu salah lighting tu.. ( Ecehhh.. tadi puji lighting.. sekarang salahkan lighting pulak..)
Ye.. Ye.. saya yang salah.. kan dah beritahu sebabnya tadi.. 

yang ni pulak mashed potato with black pepper sauce.. jangan tanya kenapa kuahnya ada ketul-ketul gitu kerana tukang masaknya malas nak tumbuk lada hitam sehingga jadi serbuk.. dan jangan tanya kenapa tak pakai lada hitam yang dah sedia ada dalam bentuk serbuk kerana hanya lada hitam yang dalam keadaan biji-biji sahaja yang ada di rumah.. dish ni pedas lebih kerana mashed potato turut dicampur dengan lada hitam
 ( yang juga berketul-ketul.. malas yang amat tukang masaknya.. )

ayam panggang yang dah siap tuang black pepper sauce.. Nice lighting AGAIN !!!

black pepper sauce + mashed potato + roasted chicken...
sekali pandang macam kuah kacang pula itu black pepper sauce...

That's it for today.. Have a nice lunch everyone... ^_^







Sunday 10 February 2013

CNY Outing...

Hello U All... ^_^
 Miss me ??!!! ( Hohoi perasannya cik writer.. Hiew.. Hiew.. Hiew... )

Macam yang tertulis pada tajuk...

Another outing with my friends during CNY holiday..

Seperti biasa, saya dan Miera adalah orang pertama yg tiba... ( orang yg merancang mesti awal tiba kan ?? mati kami kena ceramah panjang kalau kami lambat.. hehehehe... )

Dan seperti biasa, janji jam 10, jam 11 baru muncul... kami cool okey...
nasib baik Haikall dtg awal... ( huhuhu.. thanks Kall.. )

Tunggu punya tunggu, kami kebosanan.. lagipun pekerja-pekerja McDonald dah bagi tatapan kalautaknakbelibolehblah.. ( well, cik writer je yg melampau, actually dorang sume cool je.. takdanya pun nak halau-halau gitu... )

Maka, kami pun berjalan ke Giant.. jalan kaki tau.. nak bawa kereta, semua masih pemegang lesen L...

Jalan-jalan, ronda-ronda, keliling-keliling itu Giant sambil tunggu Haikall beli barang..

Kembali semula ke McDonald... Halo.. Halo... sorang pun takda.. ( Oh, I mean my friends okey.. McDonald itu sentiasa penuh gitu... )

We wait and wait... then Nita came.. and one by one muncul...

Kemudian kami tunggu lagi sebab nak aim masa lunch.. Hello waktu lunch ada potongan harga tau..
Mestilah nak jimat bajet.. Duit dalam dompet tu duit mak bapak bagi... Kalau habis macam mana???
Sapa nak bagi kalau buat outing lagi???

Hampir 2 jam okey kami melepak.. Makan.. Snap gambar.. Then makan lagi.. hehehe..
Lepas tu kami blah sebab itu McD penuh sangat dan dah ramai orang berdiri sambil mencari tempat duduk..
Kami tak kejam sangat sampai nak biarkan orang lain mencari tempat duduk sementara kami yang dah habis makan ni sengaja lepak-lepak dan buat sepah di situ okey..

Lepas tu jalan-jalan lagi dekat Giant.. ( I am curious why Sandakan people like to go shopping or only window shopping at Giant ??? In my head, Oh!!!! I think maybe it is the one of the few shopping area in Sandakan.. Seriously, Sandakan need more shopping complex !!! )

So, sampai di sini dulu saya merapu pasal outing tu... Sambil tu saya tempel juga ya beberapa gambar dari outing tu...

















Wednesday 6 February 2013

Saya dan cuti..

Assalamualaikum..
Dah lama tak update blog ni..
( Bukannya busy pun.. Cuma cuti yang membosankan buat saya tak tahu nak buat apa.. =.= )

Disebabkan saya ada masa yang banyak.. Saya nak tulis banyak-banyak kali ini.. ^_^

Pertama :
Nak tulis pasal my cooking and baking skill..

Pertama kali cuba masak pavlova ( atas hasutan kakak sepupu.. )
Dalam oven.. Waahhh CANTIKNYAAA... GEBUNYAAA..



Dan oleh kerana yakin diri SANGAT.. pavlova-pavlova mini itu di tinggalkan tanpa pemerhatian..
Akhirnya.. 



All my mini pavlova... HANGUS... HUAAAAA!!!!!
Tapi tak apalah.. ini baru cubaan pertama.. 

dan.. Alhamdulillah habis juga di makan.. 

my brothers pantang kalau di bagi makanan.. Laju ja tangan diaorang tu... 
Baru dlm proses memasak pun dorang dah menempel sebelah.. Nak jadi orang yang pertama merasa.. 
Hehehehe.. oleh sebab kakak dorang ni EVIL sikit.. semua di halau.. nak jejak kaki ke dapur pun dah jadi pantang kalau kakak dorang ni dah mula keluarkan bahan-bahan... Muahahaha..

Seterusnya..
MY FAVOURITE...


Yummy!!!!
KEK PUDING KARAMEL PELANGI...

Ini pun jadi favourite my boys.. oleh sebab kek ni di simpan di dalam peti sejuk.. kejap-kejap pintu peti sejuk di buka ( memang melambung naik la bil letrik lepas ni )... dan semakin lama kek tu semakin kehilangan rupa bentuknya..

 tapi masih ada yang tak kena dengan kek ni.. 
actually lapisan atas tu sepatutnya berwarna kuning lembut.. dan disebabkan kesilapan teknikal.. puding tu berwarna pink la pulak..

Lepas ni nak cari resepi lain la pula untuk di cuba..

So.. to my family members and friends.. Cabaran dan hasutan anda sangat berhasil..
Jadi siapa-siapa nak saya masak tu cuba la hasut ya.. Bila dah tercabar mesti di buat punya... ^_^